Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan

Iklan
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk proses bedah siasat.

GEORGETOWN - Mayat seorang wanita ditemukan tersangkut pada sangkar ikan di Pulau Jerejak, Bayan Lepas pada tengah hari Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pusat operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima panggilan daripada pemilik sangkar ikan berhubung penemuan mayat pada jam 1.42 tengah hari itu.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa merupakan seorang warga Rusia berusia 34 tahun yang disyaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang jam 2.35 pagi Isnin.

"Beg tangan beserta dokumen pengenalan diri turut ditemui di lokasi yang disyaki mangsa terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Abd Razak berkata, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada jam 6.55 pagi selepas menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa mangsa.

"Operasi turut melibatkan aset agensi dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam.

Iklan

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat," katanya.