TikTok, SKMM bekerjasama bendung kandungan provokatif

Iklan
Fahmi ketika mempengerusikan perjumpaan dengan penyedia platform TikTok, petang Isnin. - Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Penyedia aplikasi TikTok akan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membendung segera penyebaran kandungan berunsur provokatif serta ekstremis di media sosial.

Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, hasrat dan komitmen penyedia aplikasi itu dinyatakan dalam sesi perjumpaan beliau dengan pihak TikTok serta SKMM, petang Isnin.

Iklan
Iklan

"Insya-Allah, saya juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu ini ditangani secara holisitik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Ahmad Fahmi berkata, perkara untuk membanteras isu penyebaran kandungan berunsur provokatif, menggugat keharmonian serta menyentuh sensitiviti kedudukan institusi Raja, agama dan bangsa dengan segera juga antara diberi penekanan dalam Mesyuarat Kabinet Khas dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pagi Isnin. - Berrnama

Iklan

Iklan