Pesawah setuju sekat monopoli beras
Iklan
Mohd Fuad Yaacob
ALOR SETAR - Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak lagi akan mengizinkan monopoli import beras terus berlaku di negara ini.
Pengerusi Pesawah, Mohd Fuad Yaacob berkata, bagaimanapun kerajaan masih perlu memikirkan penyelesaian jangka panjang seperti menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai badan yang mengawal selia industri itu di negara ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, persetujuan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary untuk memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah bagi tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan juga disambut baik namun lebih bersifat penyelesaian jangka masa pendek.
"Kita setuju (keputusan PM) tapi untuk jangka masa panjang Pesawah mencadangkan agar diwujudkan semula LPN yang sebelum ini ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein untuk membantu petani.
Iklan
"Semasa LPN mahu diswastakan ramai petani yang membantah kerana banyak memberi kesan kepada golongan ini.
"Pesawah mahu kerajaan mengkaji untuk mewujudkan semula LPN selain menilai kembali Syarikat Padi dan Beras Nasional Malaysia (Bernas) sebagai entiti perniagaan swasta yang lebih kepada kepentingan komersial dan keuntungan saja," katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan yang akan menghentikan monopoli import beras seperti diumumkan Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Isnin.
Jelas Mohd Fuad, industri padi perlu diberikan perhatian oleh kerajaan terutama dalam menarik minat orang muda untuk mengusahakannya.
"Tanam padi ini adalah kerja warisan turun-temurun. Sekarang ramai yang mengusahakannya adalah warga emas walaupun masih ada segelintirnya adalah orang muda tetapi tidak ramai.
"Kerajaan perlu bantu untuk menarik minat golongan belia untuk menceburi industri padi ini kerana mereka melihat pekerjaan ini tidak memperolehi untung besar," ujar Mohd Fuad lagi.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam