KOTA BHARU - Empat sahabat yang sepakat mengaku memiliki 64.74 liter ubat batuk pelbagai jenis dikenakan denda berjumlah RM12,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Denda diputuskan Majistret, Mohd Izzudin Mohd Shukri masing-masing RM3,000 terhadap Abdul Muin Azman, 22; Afiq Faisal Ab Halim, 22; Mohamad Zul Helmi Akmal Zailan, 23, dan Zairol Fify Zainudin, 27.
Iklan
Iklan
Mahkamah turut mengarahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan, jika denda itu gagal dijelaskan.
Mereka didakwa secara bersama-sama pada tuduhan pindaan pertama memiliki 1.7 liter racun berbahaya jenis mitragynine dan diphenhydramine; pindaan kedua memiliki 40 mililiter diphenhydramine dan memiliki 63 liter mitragynine pada pindaan ketiga.
Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Paya Senang, di sini, pada jam 6.10 petang, 28 Ogos tahun lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Lim Chooi Yi.
Artikel Berkaitan