Pilihan raya kerajaan tempatan bukan fokus utama

Iklan
Kor Ming mengimbas kad perakam waktu semasa hadir untuk memulakan tugas pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan perancangan bagi mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bukan fokus keutamaannya buat masa ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, terdapat tujuh fokus menjadi keutamaan untuk dilaksanakan, antaranya membangun dan memperkasa peranan kerajaan tempatan agar lebih berintegriti dan berwibawa supaya dapat memberikan perkhidmatan lebih efisien serta cepat kepada rakyat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis lapor diri di kementeriannya pada Selasa.

Tambah Kor Ming, fokus ketiga yang akan dilakukannya adalah perancangan perumahan yang lebih komprehensif dengan mengambil kira isu-isu pemilikan rumah, pembinaan rumah dan kumpulan sasar.

Iklan

Menurutnya, fokus keempat dan kelima adalah pemerkasaan komuniti agar peranannya dalam pembangunan bandar dapat ditingkatkan di samping pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif serta efisien.

"Fokus keenam adalah memperkukuhkan agenda bandar pintar dan selamat. Saya akan melihat pencapaian serta keberkesanan yang dicapai dalam rangka kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025 yang menekankan tujuh elemen utama.

Iklan

"Manakala fokus ketujuh adalah memperkukuh kesiapsiagaan pasukan Bomba dan Penyelamat agar dapat memberi perkhidmatan secara cekap dan berkesan,” katanya.