Polis cari ‘Sarjan Rizal’ bantu siasatan kes penipuan

Iklan
Tangkap layar Sinar Harian pada Isnin.

KOTA BHARU - Polis giat melancarkan gerakan mencari seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis dikenali Sarjan Rizal bagi membantu siasatan satu kes penipuan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes penipuan daripada seorang mangsa yang juga peniaga lelaki berusia 58 tahun, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Katanya, berdasarkan laporan itu, peniaga tersebut didatangi suspek yang memakai vest bertulis polis di kedai miliknya yang menjual pakaian sukan di Jalan Bayam di sini, pada jam 8.30 malam Sabtu.

"Kes penipuan bersemuka ini membabitkan suspek yang menyamar sebagai anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Selasa.

CCTV yang memaparkan suspek turun dari sebuah kereta Perodua Axia.

Iklan

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kejadian tersebut tular selepas anak mangsa yang berusia 36 tahun memuat naik status berkaitan di laman Facebook sejak Ahad dan beberapa lagi kejadian sama melibatkan suspek itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal, kedai pengadu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kawasan dalam kedai.

Iklan

"CCTV merakam kelakuan suspek dan usaha mengesannya masih diteruskan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat Sarjan Wan Roziana Wan Abdul Razak di talian 013-9329644 atau 09-7752200.