Jawatankuasa masjid, NGO perlu bergandingan

Iklan
Asmuni (tengah) menerima cenderahati daripada Mohammad Hafez selepas merasmikan karnival tersebut di pasar raya besar Mydin Meru Raya, hari ini.

IPOH - Semua jawatankuasa masjid di negeri ini digalakkan mengadakan program dakwah di luar kawasan masjid untuk mendekati masyarakat setempat.

Exco Agama, Pendidikan Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, program pengajian tidak hanya tertumpu di dalam kawasan masjid semata-mata kerana ada ahli masyarakat yang segan ke masjid.

Iklan
Iklan

"Sepatutnya pengurusan masjid bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan program. Mungkin sesetengah jawatankuasa masjid tidak mempunyai pengalaman mengadakan program jadi perlu kerjasama dengan pihak lain.

"Oleh itu, perlu ada program di luar masjid untuk membuka pintu hati masyarakat dan mengubah persepsi terhadap masjid. Kerjasama masjid dan NGO ini akan mengukuhkan serta memperluaskan usaha dakwah di negeri ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Cinta Ilmu 2019 anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua ABIM Perak, Mohammad Hafez Ardhi; Timbalan Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Perak, Mustaffa Bakar dan pengarah karnival, Mohamad Saifuddin Abdul Latiff.

Iklan

Sementara itu, menurutnya, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana masjid untuk mengadakan program di luar masjid menggunakan peruntukan sendiri.

"Kebanyakan masjid di Perak mempunyai dana yang besar dan tiada masalah untuk mereka gunakan bagi tujuan dakwah.

"Kerajaan negeri setakat ini tidak mahu aktiviti luar masjid itu dijadikan dalam bentuk peraturan dengan mewajibkan masjid melaksanakannya," katanya.