SPRM siasat dakwaan PN salur jutaan ringgit kepada UMNO

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi meneliti dakwaan berhubung Perikatan Nasional (PN) menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu UMNO pada Pilihan Raya Negeri Sabah, dua tahun lalu.

Ia susulan kenyataan yang dibuat bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, beberapa individu termasuk Annuar dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan dipanggil oleh SPRM berhubung perkara terbabit.

Pada 21 November lalu, Annuar dalam hantaran video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok mendakwa menemui Muhyiddin memberitahu UMNO kehabisan wang untuk menghadap PRN Sabah.

Iklan

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memberi puluhan juta kepada UMNO.

"Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu...Tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu UMNO habis duit di Sabah, tak cukup duit.

Iklan

"Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu UMNO Sabah,” kata Annuar dalam rakaman tersebut.