‘Beri tempoh 6 bulan lagi’

Iklan
Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin menjawab soalan dikemukakan pada majlis Bicara Darul Iman bertajuk Ekonomi Bumiputera: Agenda Nasional di Wisma Darul Iman, hari ini. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Rakyat diminta untuk memberi tempoh enam bulan lagi kepada kerajaan bagi membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara, khususnya dalam menangani masalah ekonomi.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, antara punca kekalahan PH dalam PRK DUN Rantau semalam adalah kerajaan tidak dapat meyakinkan rakyat tentang kedudukan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Sedangkan katanya, rakyat sudah tidak sabar dan mahu kerajaan menjelaskan kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

"Itu keputusan rakyat, kita kena terima. Tengok sekarang, dengan isu Tabung Haji, Felda dan sebagainya, ia memerlukan masa. Saya buat CEP pun ambil masa 100 hari, laporan pun belum mendalam, kena ada kertas putih dan sebagainya.

Iklan

"Dulu GST tiga bulan tiada cukai, semua dibelanjakan. Tapi hasil itu sepatutnya simpan sebanyak RM10 bilion. Tapi, dibelanjakan juga. Bagaimana harga nak turun? Selepas itu SST pula, harga lagi naik,” katanya selepas program Bicara Darul Iman di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Jelas beliau, belajar daripada itu, kerajaan perlu mengutamakan kepada bagaimana cara untuk meningkatkan ekonomi negara.

Iklan

"Beri enam bulan untuk kerajaan buktikan kemampuan mereka. Rakyat bukan susah (untuk terima). Kalau tak boleh buat, beritahu tak boleh buat, mesti ada sebab.

"Sebaik sahaja kerajaan dapat laksanakan janji-janji mereka (manifesto), ia akan dapat meyakinkan rakyat.

"Tapi kalau tidak capai juga, rakyat masih diberi peluang, iaitu untuk tukar kerajaan. Itu hak rakyat,” katanya.