Lelaki samun kedai emas guna pistol mainan diberkas

Iklan

IPOH - Seorang lelaki ditangkap selepas menyamun kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini dengan bersenjatakan pistol mainan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan semasa cuba melarikan diri sebaik melakukan rompakan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, lelaki terbabit telah masuk ke dalam sebuah kedai emas kononnya untuk membeli seutas rantai.

"Selepas melihat rantai emas yang ditunjukkan oleh pekerja, suspek terus mengambil barang kemas itu dan mengacukan senjata menyerupai pistol lalu melarikan diri.

Iklan

"Dua anggota polis yang menerima maklumat segera ke lokasi dan ternampak suspek sedang melarikan diri di tengah Jalan Dato Onn Jaafar dikejar beberapa orang awam sehingga berjaya ditangkap polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut berjaya menemui sepucuk pistol mainan buatan plastik yang tersimpan dalam beg silang milik suspek.

Iklan

Katanya, suspek berasal dari Negeri Sembilan akan direman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata.

"Dengan tertangkapnya suspek, kes samun bersenjata ini dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit selepas kejadian berlaku.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama orang awam yang prihatin dan kepantasan maklum balas polis sendiri hingga berjaya memberkas suspek," katanya.