Kongsi pandangan, Anwar bertemu Ismail Sabri

Iklan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu pertemuan di Putrajaya pada Selasa

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, pada Selasa.

Anwar berkata, pertemuan itu bagi berkongsi dan bertukar pandangan mengenai isu semasa.

Iklan
Iklan

"Mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.

"Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.

Iklan

"Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan," katanya menerusi Facebooknya.

Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil ketika pertemuan kedua-dua pemimpin.

Iklan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November selepas Pilihan Raya Umum ke-15 manakala Ismail Sabri merupakan perdana menteri kesembilan.