Pemandu, kelindan maut nahas lori dan treler

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara Selatan dekat Batu Pahat pada Rabu


BATU PAHAT - Seorang pemandu dan kelindan maut dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 4.24 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ais dan sebuah treler jenis Scania yang membawa muatan baja.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Shalneeraj berkata, pemandu treler, A Ranjit, 40, terselamat dan operasi berkenaan tamat pada jam 6:03 pagi.