Petronas umum penemuan minyak, gas baharu di Sarawak

Iklan

SHAH ALAM - Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306, yang terletak di perairan Balingian, kira-kira 150 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak.

Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu memaklumkan, telaga Nahara-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,468 meter (m), sekali gus menemukan hidrokarbon dalam jujukan akhir Oligosen hingga pertengahan Miosen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, minyak ringan dengan bahan cemar yang minimum juga wujud selepas ujian pengeluaran dijalankan untuk telaga itu.

Sementara itu Naib Presiden Eksplorasi Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, telaga Nahara-1 merupakan penemuan minyak penting oleh Petronas sedekad lalu dan penemuan itu baharu itu membuktikan potensi luas prolifik Malaysia kekal berprospektif tinggi.

Iklan

"Kami teruja dengan penemuan ini dan impaknya kepada usaha penerokaan masa hadapan di kawasan sekitar.

"Penemuan itu juga mengukuhkan strategi penerokaan semasa Petronas dalam memperbaharui tumpuan bagi usaha penerokaannya di lembangan Malaysia," katanya.

Iklan