Pemaju diarah tingkatkan keselamatan tapak pembinaan

Iklan
MPAJ pada Selasa melawat ke tapak pembinaan kondominium Astroria di Ampang Jaya selain bertemu wakil pemaju badan pengurusan bersama (JMB) dan arkitek

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan pemaju kondominium Astroria agar meningkat tahap keselamatan di tapak pembinaan berkenaan demi keselamatan orang awam.

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mahu pemaju kondominium berkenaan menyelesaikan isu jaring keselamatan, perancah (scaffolding) termasuk kemudahan awam dalam tempoh tiga bulan.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, MPAJ melawat ke tapak pembinaan kondominium Astroria di Ampang Jaya selain bertemu wakil pemaju badan pengurusan bersama (JMB) dan arkitek bagi membincangkan langkah meningkatkan keselamatan di lokasi berkenaan.

MPAJ melawat ke tapak pembinaan kondominium Astroria di Ampang Jaya selain bertemu wakil pemaju badan pengurusan bersama (JMB) dan arkitek pada Selasa.
Iklan

Berikutan itu, jaring keselamatan dipasang pada struktur bangunan kondominium Astroria di Ampang Jaya bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin.

Iklan