KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.75 seliter berbanding RM3.85 seliter manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah untuk minggu ini bermula esok hingga 14 Disember ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga siling RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi harga siling semasa.