Vokalis kumpulan Blackfire meninggal dunia

Iklan

VOKALIS kumpulan rock Blackfire, Azmi Bahari, 58, dilaporkan meninggal dunia akibat strok di kediamannya di Bandar Baru Selayang, sekitar jam 5 pagi, pada Sabtu.

Menurut isterinya, Sabariah Jais, 55, sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar, Allahyarham yang juga merupakan bekas wartawan dan penulis, telah lama sakit selepas diserang penyakit tersebut sejak lima tahun lalu.

Iklan
Iklan

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru, kira-kira pukul 11.30 pagi Sabtu.

Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Asraf Alif, 27, Afiq, 24, dan Adila, 23.

Iklan

Kumpulan Blackfire yang popular pada era 80’an ini cukup terkenal dengan lagu-lagu metal dan kerap terlibat dengan persembahan gig di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Mereka pernah tampil dengan album studio berjudul Lahirnya Dari Api dan album live, The Hereafter Live 1988.

Iklan