Ahli Parlimen Turkiye bertumbuk hingga masuk hospital

Iklan
Gelagat ahli Parlimen Tukiye bertumbuk akibat tidak puas hati mengenai belanjawan negara pada Selasa. - Foto Agensi

ANKARA - Seorang ahli Parlimen Tukiye dimasukkan ke hospital selepas bertumbuk dalam Parlimen pada Selasa.

Ahli Parlimen Trabzon, Huseyin Ors dilaporkan ditumbuk di kepala dan sedang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Iklan
Iklan

"Kami mendapati keadaannya semakin merosot selepas hentakan di kepala dan mujurlah jantung bergegup stabil di hospital," kata ahli Parlimen dari Parti Ors Lyi, Aylin Cesur.

Rakaman televisyen menunjukkan puluhan wakil rakyat dari parti pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan bertelagah dengan pembangkang semasa perbahasan mengenai belanjawan tahun depan.

Iklan

Agensi berita DHA berkata, Huseyin mengalami masalah jantung dan diletakkan di bawah pengawasan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ini adalah hari memalukan Parlimen Turkiye dan mereka yang melakukan serangan itu," kata jurucakap Parti Iyi, Kursat Zorlu. - Agensi

Iklan