Mahkamah tolak permohonan pengundi positif Covid-19

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 9 Mac lalu.

KUALA LUMPUR - Seorang pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai pada Rabu gagal dalam permohonan bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalangnya daripada mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac lepas.

Peguam New Sin Yew, yang mewakili R K Tamileswaaran, ketika dihubungi Bernama berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan semakan kehakiman anak guamnya tanpa perintah berkaitan kos.

Iklan
Iklan

Menerusi permohonan difailkan pada 8 Jun lepas, Tamileswaaran memohon mahkamah membatalkan keputusan atau tindakan SPR yang menghalangnya daripada mengundi pada 12 Mac atas alasan beliau masih dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 pada 7 Mac.

Turut dimohon ialah deklarasi bahawa SPR bertindak secara salah di sisi undang-undang dalam menafikan hak Tamileswaaran untuk mengundi selain deklarasi bahawa SPR mencabuli hak beliau di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Iklan

Tamileswaaran telah diarah menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 dan pada hari pengundian, beliau sudah enam hari dikuarantin.

Pada 11.58 pagi hari pengundian, Tamileswaaran mendakwa telah menjalani ujian saringan kendiri di rumah dan keputusan menunjukkan bahawa beliau negatif Covid-19. - Bernama

Iklan