Seorang maut, 10 cedera letupan bom di balai polis di Bandung

Iklan
Serangan dilaporkan berlaku di pintu masuk balai polis di Jalan Astana Anyar, Bandung. - Foto Antara Foto

JAKARTA - Seorang anggota polis terkorban manakala 10 lagi cedera akibat serangan pengebom bunuh diri di sebuah balai polis di ibu kota wilayah Jawa Barat pada awal Rabu.

Serangan dilaporkan berlaku di pintu masuk balai polis di Jalan Astana Anyar, Bandung.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Jawa Barat, Suntana berkata, pengebom bunuh diri itu meluru masuk ke premis berkenaan sambil memegang senjata tajam sebelum insiden berlaku.

Mayat suspek berkecai, manakala seorang anggota polis disahkan meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Polis bertindak mengepung kawasan berkenaan dan skuad bom menjumpai peranti kedua di kawasan berhampiran.

Dia dipenjarakan selama empat tahun kerana terlibat dalam serangan bom di bangunan perbandaran Bandung pada 2017 sebelum dibebaskan pada Oktober tahun lalu.

Iklan

Dia dipercayai menjadi anggota pertubuhan militan Jemaah Anshorut Daulah Bandung, kata Sigit. - Bernama