JPM nafi poster tular Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas

Iklan
JPM pada Rabu nafi poster tular Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas. - Foto Facebook JPM

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Rabu memaklumkan maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' adalah palsu.

Sehubungan itu, JPM dalam hantaran menerusi Facebook pada Rabu mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Iklan
Iklan

JPM turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada akaun media sosial rasmi Jabatan Perdana Menteri untuk berita sahih di semua platform media sosial iaitu akaun Facebook Jabatan Perdana Menteri, akaun Twitter @jpmgov, Instagram @jabatanperdanamenteri dan TikTok @jpmgov.

Terdahulu tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi poster yang memaparkan gambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan beberapa maklumat yang menyatakan kononnya Anwar secara dasar telah bersetuju dengan pelantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas. - Bernama

Iklan
Iklan