Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Indonesia

Iklan
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri di Balai Polis di Jawa Barat, Indonesia.

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri di Balai Polis di Jawa Barat, Indonesia, pagi Rabu yang mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh.

Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan pada Rabu, Malaysia berharap agar dalang serangan itu segera dibawa ke muka pengadilan.

Iklan
Iklan

Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu dan berdoa agar mangsa yang cedera segera sembuh.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta melalui nombor telefon: +62 21 5224947 (pertanyaan umum), +62 813 8081 3036 (urusan kecemasan selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel: mwjakarta@kln.gov.my.

Iklan

Terdahulu, Bernama melaporkan Ketua Polis Jawa Barat, Suntana berkata insiden itu turut menyebabkan 10 mangsa termasuk seorang awam cedera.

Beliau berkata pengebom bunuh diri itu meluru masuk ke premis berkenaan sambil memegang senjata tajam sebelum insiden berlaku.

Iklan

Mayat suspek berkecai, kata beliau dalam satu kenyataan. - Bernama