MIC tidak akan terima jawatan Timbalan Menteri

Iklan
Rajasekaran

KUALA LUMPUR - MIC tidak akan menerima jawatan Timbalan Menteri yang berperanan membantu kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, RT Rajasekaran.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada Rabu, selain menghormati pilihan pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. MIC juga merakamkan sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

"Semoga Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Terdahulu Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau pada Rabu memaklumkan calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. - Bernama

Iklan