Malaysia perlu bina empayar ekonomi sendiri

Iklan
Program Kompas Rasuah Busters yang diadakan di Kompleks Karangkraf membawakan tajuk Menanti Sinar Untuk Malaysia yang dibincangkan oleh panelis, Zahid (tengah) dan Thomas.

SHAH ALAM - Malaysia perlu berupaya berdiri atas kaki sendiri dalam membina empayar ekonomi tanpa perlu bergantung kepada sistem kapitalis global agar mampu berdepan pelbagai cabaran pada masa hadapan.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zahid Zamri berkata, selepas negara berjaya berdepan cabaran politik yang kini dilihat lebih maju ke hadapan melalui demokirasi yang diamalkan, sistem ekonomi global dilihat akan menjadi cabaran lebih besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Malaysia tidak boleh mengharapkan kepada pelaburan asing dalam penyelesaian masalah ekonomi rakyat.

"Kerjasama antara pemimpin politik baru atau lama tidak menjadi masalah. Insya-ALLAH berjalan lancar apabila yang berpengalaman boleh mengajar yang baharu. Walaupun pembaharuan tidak secara total sekurang-kurangnya politik kita lebih maju ke hadapan.

Iklan

"Tahun hadapan kita akan hadapi kemunduran ekonomi perkara ini, kerana kita masih terperangkap dalam sistem tersebut. Ini hakikatnya, sebab kita tak boleh harapkan semata-mata bahawa kita akan dapat pelaburan asing, kemudian akan membuka ekonomi kepada peniaga-peniaga global. Masalah tidak akan selesai dengan mengamalkan pasaran bebas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Porgram Kompas Rasuah Busters (Malaysia Tanpa Rasuah) bertajuk 'Menanti Sinar Untuk Malaysia' dikendalikan Anim Ezati Rizki.

Iklan

Turut menjadi panelis adalah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, tangan ghaib yang ada dalam sistem sedia ada akan mewujudkan satu kontradiksi terhadap objektif tindakan-tindakan pelbagai peringkat dalam sistem kerajaan dalam usaha mengharungi dunia global.

Beliau bagaimanapun yakin dengan keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berusaha sehabis baik untuk kebaikan rakyat dengan pendekatan-pendekatan yang diumumkan.

"Kita perlu tengok negara-negara yang mampu berdiri dengan diri mereka sendiri, yakin untuk membina ekonomi tanpa kebergantungan kepada empayar baharu ini," katanya.