Fuad kembali juara kuda lasak

Iklan
Mohammad Fuad (dua dari kanan) menerima hadiah kejuaraan yang disampaikan oleh Sultan Mizan.

PERMAISURI - Cuacs panas terik tidak menghalang buat atlet last lasak negara Mohammad Fuad Hashim beraksi cemerlang untuk merampas kembali juara dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang di-Pertuan Muda Terengganu 2019.

Mohammad Fuad, 29 dari pasukan State Terengganu Endurance Team (STET) menewaskan 12 peserta lain termasuk penyandang johan tahun lepas bagi menamatkan acara 120 kilometer dengan catatan masa kelajuan 16.203 sejam.

Iklan
Iklan

Dalam acara sama tahun lepas, Fuad tewas kepada rakan sepasukannya, Azizatul Asma Abdullah selepas kuda Fuad, Mora Makaka mengalami kecederaan.

Mohammad Fuad

Iklan

Dengan kemenangan kali ini beliau sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000, piala pusingan, plak iringan, medal dan jaket yang disampailkan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, di sini, hari ini.

Mohammad Fuad yang pernah merangkul gelaran Johan berturut-turut dalam acara ini pada 2016 dan 2017 mengakui, cuaca panas kali ini agak mencabar berbanding kejohanan lalu

Iklan

Menurutnya, beliau terpaksa beberapa kali memperlahankan pergerakan kudanya bagi memastikan kudanya tidak berdepan masalah berikutan cuaca panas.