[VIDEO] 'Kemenangan PN bukti rakyat tidak teruja gabungan PH-BN'

Iklan
Muhyiddin

PUTRAJAYA - Kemenangan besar diraih Perikatan Nasional (PN) di Padang Serai dan tewas tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15), membuktikan rakyat tidak teruja dengan gabungan PH-BN, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, rakyat tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH untuk mentadbir negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan pengundi Padang Serai dan Tioman juga jelas menunjukkan mereka tidak merestui PH dan BN.

"Bagi saya, penipuan PH dan BN dalam PRU15 adalah penipuan pilihan raya yang terbesar," katanya.

Iklan

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin merampas kerusi PH selepas menang majoriti 16,260 undi.

Azman memperoleh 51,637 undi, manakala calon PH Dr Mohamad Sofee Razak mendapat 35,377 undi dan Datuk C Sivaraj yang memberi laluan kepada calon PH berjaya meraih 2,983 undi

Iklan

Pilihan raya Parlimen Padang Serai menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Warisan (WARISAN) dan calon Bebas selain PN, PH serta BN.

Sementara di DUN Tioman, BN hanya menang tipis dengan 573 undi.

Calon BN Datuk Seri Johari Hussain memperoleh 8,080 undi manakala calon PN Nor Idayu Hashim mendapati 7,507 undi dalam persaingan lima penjuru.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, perjuangan PN berada di landasan yang betul.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai.

Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN," katanya.