[VIDEO] PU Azman kemuka representasi kes amang seksual

Iklan
PU Azman ditemani Mohamad Zahid ketika hadir di mahkamah

SEREMBAN - Peguam kepada pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Mohamad Zahid Ahmad berkata, pihaknya perlu meneliti dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan sebelum menghantar representasi.

Iklan
Iklan

"Insya-Allah kita akan kemukakan representasi kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan.

"Niat kita untuk teliti balik kes ini, jika ada pertimbangan terbaik untuk ditarik balik kita akan cuba hantar surat itu (representasi)," katanya ketika ditemui media selepas prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu Mohamad Zahid memohon kepada Hakim, Datin Surita Budin supaya 31 Januari depan ditetapkan untuk mengemukakan representasi.

Mahkamah kemudian menerima permohonan pihak pembelaan dan turut menetapkan tarikh tersebut untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Iklan

PU Azman tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi dengan memakai kurta berwarna biru sama seperti dipakainya pada kali pertama dituduh di Mahkamah Seremban pada 12 Oktober lalu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan PU Azman yang berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.

Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara jam lebih kurang 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu pada Rabu, dia turut tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan lain di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang melakukan jenayah seksual di terhadap tiga remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun pada Februari serta Jun lalu.

Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun bagi tujuan seksual dalam bilik sebuah rumah inap desa di Sungai Udang di sini pada 20 Februari dan 29 Jun lalu.

Dia juga didakwa atas satu lagi pertuduhan, menggalakkan seorang kanak-kanak lelaki 17 tahun, untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu.

Di Mahkamah Majistret pula, dia didakwa atas satu pertuduhan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini pada 10 Jun lalu.