Polis kesan pemilik akaun Facebook didakwa hina laungan azan

Iklan
Nor Omar

LUMUT - Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang didakwa membuat hantaran menghina laungan azan di sebuah masjid di daerah Manjung, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan diteruskan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis Bukit Aman.

Iklan
Iklan

"Kita telah mendapatkan bantuan daripada SKMM dan Bukit Aman untuk kenal pasti suspek yang terlibat.

"Siasatan masih diteruskan dan orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana kita berusaha sedaya upaya untuk kenal pasti suspek," katanya ketika ditemui pemberita pada Operasi Pemotongan Bekalan Elektrik Premis Perjudian di Sitiawan di sini pada Khamis.

Iklan

Media melaporkan polis menerima laporan berhubung penularan hantaran Facebook yang menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama di negara ini pada 23 November lalu.

Polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun 'Jacky Chan' yang membuat hantaran tersebut.

Iklan

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.