Program Orang Utan Caring Week

Iklan
Orang utan yang hidup secara liar diberi makanan setiap hari di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok hari ini.

Jabatan Hidupan Liar dengan kerjasama rakan konservasi seperti Orang utan UK Appeal, Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo, Rainforest Discovery Centre, Jabatan Perhutanan Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan telah bersama-sama melaksanakan Program Orang Utan Caring Week.

Objektif program ini adalah untuk menyokong konservasi orangutan dan memberi kesedaran kepada rakyat Sabah mengenai kepentingan melindungi orangutan.

Orang utan merupakan salah satu haiwan ikonik bagi negeri Sabah di mana menurut Pelan Tindakan Orang utan 2020-2029, populasi bagi orang utan di negeri Sabah dianggarkan lebih kurang 11,000 individu. Status Orang utan pada IUCN Red List pula adalah, Critically Endangered.

Pelan Tindakan Orang utan 2020-2029 adalah untuk menjalankan program pendidikan konservasi dan kesedaran awam kepada semua pemegang taruh di negeri Sabah.

Antara langkah yang perlu dilaksanakan dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai perlindungan dan ancaman terhadap orang utan sekiranya tindakan yang dinyatakan di dalam pelan tindakan tersebut tidak dilaksanakan, maka jumlah orang utan di habitatnya akan terus berkurangan dan diancam kepupusan.