Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf (tiga, kanan) memeriksa cukai jalan kenderaan muatan berat pada Operasi Rentas Sempadan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson hari ini.
Sebanyak 3,119 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Rentas Sempadan JPJ, yang diadakan di tiga negeri melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bagi tempoh Julai hingga Disember.
Operasi bersepadu tersebut turut mendapat kerjasama dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).