Rusia akui ketegangan nuklear semakin meningkat

Iklan
Putin - Foto Agensi

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, ketegangan nuklear semakin meningkat dan Moscow tidak akan menjadi negara pertama menggunakan senjata atom dalam konflik di Ukraine.

Bagaimanapun, tambahnya konflik antara Rusia dan Ukraine 'mungkin berpanjangan' walaupun lebih sembilan bulan peperangan belum menunjukkan akan berakhir.

Iklan
Iklan

"Kami tidak menjadi gila dan malah sedar apa itu senjata nuklear," kata Putin semasa mesyuarat secara maya dengan majlis hak asasi manusia.

Namun, Putin mengakui ancaman senjata nuklear semakin meningkat dan pihaknya tidak perlu berahsia mengenai perkara tersebut.

Iklan

"Apabila kami diserang, kami akan menyerang balas," kata Putin

Komen Putin mencetuskan tindak balas daripada Amerika Syarikat (AS).

Iklan

"Kami berpendapat apabila Rusia 'cakap lepas' mengenai senjata nuklear, mereka sebenarnya tidak bertanggungjawab langsung," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada wartawan. - AFP