Lapan budak diarah bayar pampasan curi pisang di rumah rakan

Iklan
Lapan budak diarah bayar pampasan kerana mencuri sesikat pisang. - Foto 123RF

BANGKOK - Lapan kanak-kanak berumur lima dan 12 tahun didenda 3,000 baht (RM379) selepas didakwa mencuri dan memakan sesikat pisang di rumah rakan mereka di wilayah Isaan, Buriram, lapor Thaiger.

Ibu-bapa kepada kanak-kanak tersebut melaporkan isu itu kepada media dengan harapan untuk memohon belas ihsan supaya denda anak mereka dikurangkan.

Iklan
Iklan

Mereka berkata, seorang wanita bernama Kung menfailkan aduan kepada polis bahawa anak mereka memecah masuk rumahnya, merosakkan harta benda dan mencuri sesikat pisang.

Tambahnya, anak mereka berada di rumah tersebut selepas dijemput rakan mereka untuk bermain di sana.

Iklan

Justeru, Kung menuntut setiap keluarga membayar 3,000 baht sebagai pampasan kepadanya.

Bagaimanapun, pampasan tersebut dikurangkan kepada 2,000 baht (RM252) hasil rundingan semula.

Iklan

Difahamkan, segelintir ibu bapa membayar pampasan itu bagi menyelesaikan isu tersebut manakala selebihnya tidak membayarnya kerana mendakwa ia sebagai tidak adil. - Agensi