Peluang Regragui cipta sejarah lagi

Iklan
Regragui (kiri) berpeluang mencipta sejarah bersama Maghribi pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar menentang Portugal pada Sabtu. - Foto EPA

PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui melakar sejarah tersendiri di bumi Qatar apabila menjadi jurulatih pertama Afrika membawa pasukannya ke suku akhir Piala Dunia.

Kejayaan dilakar selepas Atlas Lions mengalahkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti, biarpun hanya membimbing Maghribi dalam tempoh singkat bermula Ogos.

Iklan
Iklan

Regragui mengambil alih pasukan ketika berlaku pergolakan dalam skuad Maghribi selepas jurulatih, Vahid Halilhodzic dipecat kerana 'perbezaan pendapat' dengan persekutuan bola sepak negara itu.

Di bawah pimpinan Regragui, Maghribi melalui tujuh perlawanan tanpa tewas dan hanya sekali bolos gol sendiri dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka menentang Kanada yang sudah tersingkir.

Iklan

Hanya dalam tempoh lima bulan selepas meninggalkan Wydad Casablanca, Regragui menjadi jurulatih antarabangsa buat kali pertama.

Jurulatih berusia 47 tahun itu menjadikan negara asalnya sebagai negara Afrika Utara dan Arab pertama mara ke peringkat lapan terbaik Piala Dunia.

Iklan

Kemenangan ke atas Portugal pada Sabtu akan menjadikan Maghribi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir mengatasi Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana 2010.

"Jika anda boleh melakukannya, anda boleh, jika tidak, tidaklah.

"Ia tiada kaitan dengan orang Arab atau tidak. Saya berjuang untuk itu. Mungkin apabila tua, saya mungkin bangga dengan itu tapi buat masa sekarang saya bangga untuk negara saya.

"Dengan jurulatih tempatan ia adalah perkara terbaik untuk saya dan negara saya," katanya.

Pasukan Regragui berhempas pulas menutup benteng pertahanan ketika menentang Sepanyol Selasa lalu pada perlawanan pusingan 16 terakhir pertama mereka sejak 1986.

Jurulatih itu melihat beberapa keputusan besar membuahkan hasil dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan taktiknya membenarkan penguasaan perlawanan oleh Sepanyol berhasil.