KUALA LUMPUR - Polis menerima empat laporan daripada ibu bapa murid yang mendakwa anak mereka dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan pada Selasa lepas berhubung dakwaan murid dikenakan tindakan fizikal seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu.