Memori indah Lloris

Iklan
Lloris bakal membuat 143 kaps buat Perancis menjelang suku akhir Piala Dunia Qatar menentang England pada Ahad. - Foto EPA

MEMORI indah buat Hugo Lloris apabila menjadi kapten Perancis lebih sedekad menjelang sepak mula suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang England pada Ahad.

Tugas utama penjaga gol itu sudah pasti menyekat rakan sekelabnya di Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Iklan
Iklan

Lloris dan kapten England itu sudah menjadi rakan sepasukan di Tottenham sejak 2013.

Namun ketika itu, Lloris sudah bergelar kapten Perancis selepas diberikan lilitan tersebut oleh Laurent Blanc pada aksi persahabatan menentang England pada November 2010.

Iklan

Ia hadir tidak lama selepas kempen buruk Perancis di Piala Dunia Afrika Selatan setelah tersingkir di peringkat kumpulan.

Kini 12 tahun berlalu, Lloris akan mencipta rekod Perancis dengan 143 kaps berdepan England di Stadium Al-Bayt, mengatasi rekod sebelum ini dipegang Lilian Thuram.

Iklan

"Bagi mencapainya dalam karier dan terus berada di tahap tertinggi untuk 10 hingga 12 tahun, serta jarang cedera menunjukkan betapa dia sangat konsisten," ujar penolong jurulatih Perancis, Guy Stephan.

Lloris mencecah usia 36 tahun bulan ini dan sudah banyak berubah sejak menjadi kapten pada peringkat antarabangsa ketika beraksi bersama Lyon.

Dia pernah berada di pihak yang kalah dalam final Liga Juara-Juara sebelum merangkul trofi Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu.

"Saya sudah berubah secara semula jadi. Saya rasa berbeza berbanding budak 23 tahun lalu, apabila saya diberikan lilitan kapten buat pertama kali," katanya.

Kehadirannya melegakan jurulatih, Didier Deschamps terutama selepas pertahanan di depannya sudah banyak berubah sejak 2018.

Berdepan masalah kecederaan dengan hanya Raphael Varane pemain tunggal yang masih kekal dalam kesebelasan utama di Rusia.

Varane memuji Lloris sebagai pemain berpengaruh yang tenang walaupun statistik menunjukkan dia tidak lagi seperti dulu.

Analisis oleh Opta menunjukkan Lloris hanya menyelamatkan 40 peratus daripada cubaan dihadapinya pada Piala Dunia kali ini, jatuh daripada 67 peratus berbanding 2018.

Bagaimanapun kepentingan pemain itu buat Perancis melebihi angka berkenaan.

Deschamps sangat perlukan pemain berpengalaman apatah lagi mereka kehilangan beberapa bintang termasuk gandingan pemain tengah, Paul Pogba dan N'Golo Kante kerana mengalami kecederaan.