Singa pilih Perancis kalahkan England

Iklan
Chao boy berjalan menuju ke bawah bendera Perancis dan England. Chao Boy menggigit paha ayam yang digantung di bawah bendera Perancis. - Foto Agensi

MENGHITUNG detik sepak mula suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad, Perancis menjadi pilihan sebagai pemenang berbanding England.

Ramalan itu dibuat oleh seekor singa yang memiliki kemahiran luar biasa mampu memilih pemenang bola sepak dan pasukan yang berpeluang menang dalam sesuatu perlawanan.

Iklan
Iklan

Singa berusia sembilan tahun itu didakwa mempunyai kadar kejayaan 90 peratus dalam memilih pemenang di atas padang.

Penjaga zoo di Khon Khaen, Thailand memberitahu, singa yang dikenali sebagai Chao Boy itu memilih pemenang dengan menggigit paha ayam yang digantung di bawah bendera dua negara.

Iklan

Satu rakaman pada Jumaat menunjukkan singa berkenaan memilih paha ayam yang disangkut di bawah bendera Perancis untuk melangkah ke separuh akhir.

Pada mulanya apabila tanda salib St George dan tiga warna Perancis diletakkan, Chao Boy kelihatan seperti keliru.

Iklan

Ia mungkin memberi gambaran bahawa perlawanan akan menjadi sengit tapi akhirnya memilih pemenang.

Skeptikal atau tidak, singa itu mempunyai rekod kejayaan yang jelas.

Singa Thai baru-baru ini memilih Argentina berbanding Belanda, Brazil menewaskan Croatia dan Maghribi menyingkirkan Portugal.

Bos zoo, Narongwit Chodchoy berkata kadar kejayaan singa itu adalah luar biasa.

"Chao Boy sentiasa dianggap sebagai kegemaran dalam meramalkan keputusan bola sepak," ujar Chodchoy.