Langkah tepat siasat projek tebatan banjir RM7 bilion

Iklan
Muhammad Mohan

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk menyiasat kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion menerusi rundingan secara terus yang diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah tindakan yang betul.

Presiden Transperancy International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, projek yang melibatkan jangka masa panjang untuk disiapkan sepatutnya tidak perlu dibuat rundingan secara terus.

Iklan
Iklan

"Kalau nak buat projek tebatan banjir, terowong, empangan dan sebagainya ambil masa, bukan hari ni buat esok boleh siap, jadi kena ikut proses tender lantik kontraktor yang benar-benar berwibawa.

"Berbeza kalau nak beli barang keperluan untuk mangsa bencana alam macam banjir, gempa bumi pembelian barangan boleh buat secara terus kerana dalam waktu darurat, tiada masa untuk buat tender,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Forum Khas ‘Solidariti Malaysia, Tempur Rasuah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Dari kiri: Moderator Azlan Shah bersama Muhammad Mohan dan Nurhayati dalam Forum Khas ‘Solidariti Malaysia, Tempur Rasuah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Turut menjadi panelis Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin dengan dihoskan oleh Azlan Shah Nabees Khan.

Iklan

"Rundingan secara terus boleh diberikan kepada syarikat sebagai contoh jet tempur, hanya ada satu syarikat yang keluarkan jenis itu jadi boleh runding terus dengan syarikat itu, tapi kalau banyak pilihan syarikat lain boleh buat kenalah buka tender,” katanya.

"Saya yakin dalam situasi ini berkemungkinan wujud proksi dan sebagainya sebab itu kena siasat.

"Projek buat empangan, terowong kena ada proses, kena ada taktikal sekurang-kurang tiga empat bulan sebelum itu perlu buat tender,” ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beberapa kelulusan mutakhir RM7 bilion projek tebatan banjir dibuat secara tidak teratur.

Menurutnya, arahan untuk tidak meneruskan dan meneliti semula projek itu telah dikeluarkan kepada Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, alasan untuk membantu menyegerakan projek tebatan banjir dengan tidak mematuhi peraturan adalah amat dikesalkan.