SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada petang Jumaat bagi memaklumkan senarai timbalan menteri akan dilantik dalam kerajaan pimpinannya.
Laporan media yang memetik sumber pada Jumaat menyatakan perkembangan itu bakal melengkapkan pentadbiran kerajaan di bawah Ahli Parlimen Tambun itu selepas 28 anggota kabinet mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 3 Disember lalu.