Waspada penyamar guna nama Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Iklan
Tangkap layar makluman Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong mengenai penyamaran dua lelaki.

SEREMBAN - Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujung membuat laporan polis berhubung dua lelaki menyamar sebagai individu yang mempunyai peranan dalam majlis berkenaan.

Menerusi makluman di laman Facebook rasminya, pihaknya memaklumkan tidak pernah melantik individu bernama Ezuan Mohammad Abdullah sebagai penasihat atau memberinya apa-apa peranan dalam majlis tersebut.

Iklan
Iklan

Selain itu individu bernama Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah pula dijelaskan bukan Pegawai Khas kepada Timbalan Pengerusi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.

"Majlis tidak mengenali mereka berdua dan amat kesal dengan penyamaran dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan

"Sehubungan itu, laporan polis dibuat mengenai perkara ini. Orang ramai juga diminta berhati-hati dan membuat laporan polis sekiranya pernah berurusan dengan penama-penama berkenaan," katanya.

Tambahnya, kejadian itu dikesan berlaku di Sabah dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat boleh terus menghubungi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong menerusi talian 011-63302828.

Iklan