TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis memohon tempoh lanjutan selama dua minggu lagi untuk membentuk kerajaan gabungan bersama sekutu ultra-Ortodoks dan pemimpin ekstremis, sebelum tarikh akhir yang diberikan tamat pada tengah malam Ahad.
"Kami masih berunding dan proses tersebut menunjukkan perkembangan yang positif. Masih terdapat isu yang belum dapat diselesaikan mengenai peruntukan jawatan," menurut kandungan surat dikeluarkan pejabat Netanyahu.