Kerajaan diminta selesaikan isu menghimpit pesawah
Iklan
Muhammad Sanusi menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada seorang pengunjung di Majlis Penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Batu 18, Jitra pada Jumaat.
JITRA - Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan beberapa isu yang menghimpit kehidupan pesawah jika serius untuk menanggani kemiskinan golongan tersebut.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bantuan puluhan juta setahun yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak mampu atasi masalah berbangkit yang dihadapi pesawah sejak sekian lama.
Iklan
Iklan
"Kebanyakkan isu pesawah yang saya bangkitkan berada di bawah agensi Kerajaan Persekutuan seperti penguat kuasa.
"Timbangan padi di kilang siapa yang periksa lori berapa tan padi. Orang jual padi terima resit, adakah benar timbangan yang dibuat itu kerana melibatkan pemandu lori serta tauke kilang saja.
Iklan
"Pesawah yang menjual padi itu duduk rumah serta menerima resit saja dan saya difahamkan, walaupun pokok padi tahun itu nampak berat, tunduk semua tetapi timbangannya tetap sama macam tahun lepas dengan kadar purata bagi keluaran padi di Kedah ini puratanya adalah satu hektar dapat enam tan," katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Batu 18, dekat sini.
Iklan
Jelasnya, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga telah membuat sistem penanaman dan timbangan padi sendiri dan hasilnya dilihat semakin bertambah baik.
"LZNK buat sistem penanaman dan timbangan padi sendiri, mereka boleh dapat hingga tujuh tan pada musim pertama dan lapan tan pada musim kedua.
"Mengapa terjadi perkara ini sedangkan padi dihasilkan itu berada di petak berdekatan dengan padi-padi milik orang lain dan itu antara perkara perlu diberi perhatian," ujar Muhammad Sanusi.
Dakwanya, keuntungan daripada nilai timbangan yang dikurangkan pihak tertentu digunakan untuk membayar broker lori, traktor, mesin padi dan pelbagai lagi.
Beliau juga turut menyentuh tentang kartel-kartel yang membekalkan input pertanian seperti benih padi namun kualitinya dipersoalkan selepas terdapat pesawah terpaksa menabur benih lebih dari sekali.
"Benda-benda inilah yang perlu dilihat kerana menyumbang kepada tidak meningkatnya pendapatan pesawah di samping input pertanian makin hari makin mahal", kata beliau
Walau bagaimanapun, Muhammad Sanusi berterima kasih dengan usaha dilakukan Kerajaan Persekutuan untuk membantu pesawah dan berharap memandang dengan serius isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh golongan pesawah ini.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam