Twitter padam 1.5 bilion akaun tidak aktif - Elon Musk

Iklan
Musk

ISTANBUL - Twitter akan mula memadam 1.5 bilion akaun yang tidak lagi aktif, pemilik baharu dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk mengumumkan pada Jumaat.

"Twitter akan mula memadam 1.5 bilion akaun tidak lama lagi. Ia membabitkan akaun tanpa sebarang ciapan dan tiada log masuk selama bertahun-tahun," menurut Musk dalam ciapan di Twitter, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Langkah itu diambil susulan kenyataan Musk pada November lalu bahawa Twitter akan memadam akaun yang tidak aktif dalam tempoh 15 tahun menerusi ciapan"Sila ambil perhatian bahawa Twitter akan melakukan banyak perkara dalam beberapa bulan akan datang. Kami akan mengekalkan apa yang berfungsi dan mengubah apa yang tidak pada 9 November.”

"Peningkatan itu didorong oleh penambahbaikan berterusan dan ciapan global mengenai peristiwa semasa," menurut kenyataan itu.

Iklan

Sejak mengambil alih Twitter, Musk telah membuat perubahan kontroversi untuk syarikat media sosial itu, termasuk menarik balik kebenaran kerja dari rumah dan menamatkan perkhidmatan separuh daripada kakitangannya. - Bernama

Iklan