Pan-gon puji impak pemain baharu

Iklan
Harimau Malaya beraksi cemerlang ketika menundukkan Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan pada Jumaat.

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak dipamerkan pemain baharu yang menyertai skuad kebangsaan ketika membelasah Kemboja, 4-0 dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Jumaat.

Menurut Pan-gon, beliau juga tidak menyangka kemampuan berkualiti dipersembahkan pemain sehingga mampu menang besar dalam perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

Malah, beliau menyifatkan pemain dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun hanya mempunyai masa singkat dalam kem latihan pusat bermula 29 November lalu.

"Tetapi, saya dapat lihat banyak perubahan dari sehari ke sehari dan kami dilihat seperti sudah lama bersama.

Iklan

"Pemain menterjemahkan segala maklumat yang mereka terima ketika sesi latihan pada perlawanan ini. Mereka mengikuti segala arahan dan walaupun sedikit bergelut pada 10 minit pertama namun selepas itu saya gembira dan tidak mempunyai sebarang masalah," katanya selepas perlawanan tersebut,

Dalam aksi persahabatan itu, Faisal Halim mencipta sensasi apabila menjaringkan dua gol dan Lee Tuck serta Stuart Wilkin masing-masing menjaringkan satu gol.

Iklan

Dalam pada itu, Pan-gon menyifatkan kemenangan itu meletakkan Harimau Malaya di landasan terbaik sebelum kejohanan Piala AFF bermula.

"Saya beri tekanan kepada mereka kerana pada peringkat ini kita perlu meningkatkan tahap fizikal, untuk dapatkan kecergasan perlawanan (kerana) beberapa pemain sangat letih pada masa ini tetapi kita masih perlu mencapai tahap yang baik untuk beraksi dalam Piala AFF," katanya.

Skuad kebangsaan akan melengkapkan aksi antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Rabu depan, sebelum memulakan kempen Piala AFF 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon dalam aksi pembukaan Kumpulan B, pada 21 Disember.

Malaysia kemudian akan berdepan Laos Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan melayani kunjungan Singapura di sini pada aksi terakhir kumpulan, pada 3 Januari tahun depan.