HASRAT beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk melangkah ke final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pada Sabtu.
Dalam aksi separuh akhir di Bangkok itu, Yew Sin-Ee Yi bermula baik apabila memenangi set pertama 21-17 sebelum terpaksa tunduk pada set kedua 13-21.
Iklan
Iklan
Beregu negara cuba bangkit pada set ketiga dengan aksi lebih bertenaga, namun pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua kejohanan berjaya menafikan kemaraan Yew Sin-Ee Yi dengan kemenangan 19-21.
Sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi mencipta kejutan menewaskan pilihan utama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia untuk mengungguli kumpulan A.
Dalam pada itu, satu lagi wakil negara yang mara ke separuh akhir, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan bertemu wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi yang akan berlangsung sebentar lagi.