PUSPAHANAS perlu jadi pusat kecemerlangan nasional

Iklan
Mohamad pada sidang media selepas majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentara (MTAT) Tahun 2022 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), pada Sabtu. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang (kiri). - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) wajar dijadikan pusat pengajian kecemerlangan nasional yang memfokuskan kepada isu kedaulatan dan keselamatan negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, ini kerana isu kedaulatan dan keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

"Pembentukan minda keselamatan penting ditingkatkan buat para graduan di PUSPAHANAS selain daripada peningkatan budaya produktiviti kerja.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) 2022 melibatkan 265 graduan termasuk 40 graduan dari luar negara di PUSPAHANAS di sini pada Sabtu.

Iklan

Majlis itu merupakan julung kali diadakan serentak bagi ketiga-tiga kolej di bawah PUSPAHANAS berkenaan.

Mohamad berkata, isu kedaulatan dan keselamatan juga penting dalam menarik pelabur untuk datang ke negara ini bagi meningkatkan ekonomi negara.

Iklan

"Pelabur luar sentiasa melihat dan mendengar tahap keselamatan negara kita dan tidak melabur sekiranya negara tiada kestabilan.

"Mereka tidak akan sama sekali melabur sekiranya mendapati sesebuah negara itu mempunyai konflik keselamatan," katanya. - Bernama