Bendung pemikiran tersasar dari al-Quran - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (Gambar dalam : Tangkap layar Facebook Ahmad Zahid)

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepentingan untuk membendung pemikiran yang tersasar dari ajaran al-Quran dan sunah agar ketaksuban dan gerakan ekstrem dapat dicegah.

Ahmad Zahid berkata, penyelarasan cara fikir juga perlu diberi perhatian bagi menzahirkan tiga kesatuan iaitu pemikiran, hati dan amal.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, pencerahan dan informasi mengenai perkara tersebut banyak dikongsikan oleh sebuah siaran radio tempatan.

"Menyelaraskan pemikiran sangat penting sehingga dapat menzahirkan Wahdatul Fikri (kesatuan pemikiran) yang berakar dari Wahdatul Qalbi (kesatuan hati) sehingga menerbitkan Kesatuan Amalan (Wahdatul Amal)

Iklan

"Penting membendung pemikiran yang tersasar dari landasan al-Quran dan sunah kerana ia akan dapat menyekat benih ketaksuban membuta tuli atau gerakan radikal dan ekstrem yang boleh menggugat keamanan serta masa depan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau turut kongsikan program siaran langsung rancangan TARBIAH dari Facebook IKIM bertajuk 'Hidup dengan al-Quran hasil perkongsian Ustazah Hamidah Ab Razak.

Iklan