Neuer rehat hingga habis musim

Iklan
Neuer - Foto: AFP

PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer akan diketepikan sepanjang musim ini selepas menjalani pembedahan setelah terlibat dalam kemalangan ski, kata kelab itu pada Sabtu.

Neuer yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad Qatar 2022 Jerman yang tersingkir daripada Piala Dunia pada pusingan pertama berkata, dia mengalami patah kaki kanan.

Iklan
Iklan

Kelab itu berkata pemain berusia 36 tahun itu telah menjalani pembedahan, namun tidak akan bermain musim ini.

Bundesliga disambung semula pada 20 Januari berikutan Piala Dunia sebelum berhenti rehat musim sejuk.

Iklan

Neuer adalah pemain Bayern kedua diketepikan selama beberapa bulan, selepas pemain antarabangsa Perancis, Lucas Hernandez yang terkoyak ligamen lutut ketika membantu juara bertahan tu menang besar 4-1 ke atas Australia dalam perlawanan Kumpulan D Qatar 2022 sebelum ini.

Untuk rekod, Bayern yang merupakan pendahulu Bundesliga akan menentang kelab Ligue 1 Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada Februari.

Iklan

Bayern mungkin memanggil Sven Ulreich, penjaga gol berusia 34 tahun yang direkrut dari VfB Stuttgart pada 2015 sebagai pelapis kepada Neuer.