Cabaran Malaysia Jelajah Dunia BWF terhenti separuh akhir

Iklan
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing

CABARAN Malaysia di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 berakhir apabila dua beregu profesional negara terkandas di separuh akhir di Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang cemerlang di fasa kumpulan sebelum ini gagal menyaingi kematangan beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong.

Iklan
Iklan

Pada set pertama Kian Meng-Pei Jing cuba menyaingi Si Wei-Huang Qiong, namun tewas 10-21.

Set kedua pula, gandingan dari Tembok Besar terus garang untuk menang 21-15 dalam masa 27 minit.

Iklan

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir di separuh akhir selepas dikecewakan jagoan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam 54 minit.

Pada set pertama Yew Sin-Ee Yi berjaya menyaingi beregu veteran Indonesia itu apabila menang 21-17.

Iklan

Namun set kedua, The Daddies kembali semula ke dalam permainan apabila menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Pada set penentuan, The Daddies tidak menoleh ke belakang apabila menang 21-19 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas perlawanan akhir.