Maghribi cipta sejarah mara ke separuh akhir

Iklan
Pemain Maghribi meraikan jaringan En-Nesyri.

MAGHRIBI mencipta sejarah tersendiri mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Portugal 1-0 dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.

Ia satu lagi pencapaian membanggakan diraih skuad kendalian Walid Regragui yang sebelum ini mencipta kejutan menewaskan pasukan gergasi Eropah iaitu Belgium dan Sepanyol dalam perjalanan ke peringkat separuh akhir.

Iklan
Iklan

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al Thumama, Doha itu, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang menjaringkan gol.

Namun, Maghribi lebih bijak mengatur serangan berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi tandukan Youssef En-Nesyri yang menyambut baik hantaran Yahia Attiyat Allah pada minit ke-42.

Iklan

Portugal cuba bertindak balas menerusi pemain tengah, Bruno Fernandes yang menyaksikan percubaanya hanya mengegar palang gol Maghribi pada penghujung babak pertama.

Separuh masa kedua, Portugal cuba menggandakan asakan dan turut membawa masuk Ronaldo pada minit ke-51 untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Iklan

Beberapa peluang keemasan dimiliki Portugal, namun kekebalan benteng pertahanan Maghribi selain ketangkasan Yassine Bounou berjaya mengagalkan serangan Portugal.

The Atlas Lions juga berdepan detik cemas dalam tempoh lapan minit masa kecederaan apabila penyerang mereka, Walid Cheddira dilayangkan kad kuning dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Namun, Portugal gagal mengambil keaempatan sekali gus menyaksikan Maghribi menempah slot separuh akhir.

Maghribi akan menentang pemenang di antara England atau Perancis dalam satu lagi aksi suku akhir pada jam 3 pagi ini.