Air mata Ronaldo iringi penyingkiran Portugal

Iklan
Ronaldo dilihat menangis dan mengesat air mata semasa berjalan ke bilik persalinan. - agensi

AIR mata Cristiano Ronaldo akhirnya gugur di bumi Qatar selepas cabaran Portugal dan impian Piala Dunianya terhenti berikutan kekalahan 0-1 kepada Maghribi dalam suku akhir Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Sabtu.

Pemain berusia 37 tahun itu segera ke bilik persalinan apabila wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan kejutan Atlas Lions ke atas Selecao dalam perlawanan suku akhir yang mendebarkan.

Iklan
Iklan

Ronaldo, dilihat menangis dan mengesat air mata semasa berjalan ke bilik persalinan sambil diiringi seorang kakitangan Portugal FA.

Qatar 2022 berkemungkinan penampilan terakhir penyerang legenda Manchester United itu dalam kejuaraan terbesar bola sepak dunia, di mana menyaksikan dia ditinggalkan di bangku simpanan pengendali Fernando Santos dalam dua perlawanan terakhir.

Iklan

Sebelum itu sentuhan Ronaldo, yang menggantikan Ruben Neves pada minit ke-51, diterjemahkan Joao Felix, namun dinafikan kecemerlangan penjaga gol, Yassine Bounou.

Ketika Portugal menyelusuri penghujung babak kedua, sentuhan Ronaldo juga hampir meledak gol penyamaan apabila hantaran lintang diterjemahkan tandukan Pepe yang meleret jauh.

Iklan

Kemenangan Maghribi menyaksikan wakil Afrika itu akan menentang penyandang juara Perancis untuk perebutan tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Ronaldo pula masih dalam pencarian kelab baharu selepas meninggalkan Manchester United atas persetujuan bersama sebelum ini.

Sementara itu, legenda Portugal, Luis Figo berkata:"Anda tidak boleh memenangi Piala Dunia dengan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan. Menang menentang Switzerland? Cemerlang! Tetapi bolehkah anda melakukannya dalam setiap perlawanan? Tidak.

"Meninggalkan CR7 di bangku simpanan adalah satu kesilapan, kekalahan ini adalah tanggungjawab pengurusan dan pengurus."