Covid-19: 1,315 kes baharu, lima kematian

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: 123RF

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 1,315 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan satu daripadanya merupakan kes import menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 19,177.

Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 93.1 peratus atau 17,860 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah manakala tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Iklan
Iklan

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 1,244 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dengan 73 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu adalah sebanyak 2,601 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,953,837.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan lima kematian terbaharu dengan satu daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,753.